Asrama sekolah tidak tutup 9 Mei - KP Pelajaran

 

廣告-請繼續往下閱讀

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin. 

Asrama sekolah tidak tutup 9 Mei 

 

PUTRAJAYA: Cuti peristiwa khas bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei depan, tidak membabitkan penutupan asrama sekolah.

 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata bagi sekolah dua sesi yang dijadikan pusat mengundi PRU-14 pula, sesi petang pada 8 Mei depan hendaklah ditangguhkan untuk persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

"Semua sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPR dalam pelaksanaan PRU-14," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

SPR hari ini mengumumkan 28 April depan (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) hari mengundi PRU-14.

 

Berikutan itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei depan bagi sekolah di seluruh negara.

 

Beliau berkata, sebanyak 6,941 daripada 10,180 sekolah harian bawah Kementerian Pendidikan dijadikan pusat mengundi PRU-14.