IBU MENGESAHKAN PEMUDA BOGEL NAIK MOTOSIKAL DI MELAKA SAKIT MERUPAKAN PELAJAR CEMERLANG

廣告-請繼續往下閱讀

NORAISHAH menunjukkan slip keputusan SPM anaknya yang cemerlang ketika ditemui di rumahnya di Pernu, Melaka, hari ini. FOTO Khairunisah Lokman

「SUDAH ketentuan Allah SWT untuk kami diuji. Walaupun perit, kami reda dan berharap supaya dia dapat kembali normal,」 luah Noraishah Nordin, 50, ibu kepada seorang pemuda dipercayai mengalami masalah mental apabila videonya menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular di laman sosial Facebook.

Video berdurasi seminit yang tular sejak petang semalam itu dirakam seorang pengguna jalan raya di Telok Mas, Melaka.

Noraishah berkata, walaupun terkilan dengan penyebaran video terbabit, dia tidak menyalahkan individu yang merakamkan kejadian itu kerana mereka tidak tahu penyakit dihidapi anaknya dikenali sebagai Nadzmi, 20.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan anak keempat daripada lima beradik itu dikatakan keluar ke kedai berhampiran.

「Ketika keluar dari rumah, dia lengkap berpakaian dan saya terkejut apabila mendapat tahu dia keluar dengan menunggang motosikal.

「Sebelum ini sudah beberapa kali perkara sama berlaku, termasuk laporan polis dibuat orang awam, malah semalam anggota polis turut datang ke rumah,」 katanya ketika ditemui di rumahnya di Pernu, Melaka, hari ini.

Noraishah berkata, dia tidak meminta anaknya untuk berkelakuan seperti itu, tetapi ia disebabkan penyakit dihidapi Nadzmi.

「Perkara ini berlaku di luar kawalan dan saya berharap masyarakat tidak terus melontarkan kata negatif.

「Kami sekeluarga sentiasa memantaunya dan bukan bersikap lepas tangan, tetapi ada masanya ia berlaku di luar kawalan. Tiada ibu bapa yang mahu anaknya jadi seperti ini,」 katanya.

Beliau berkata, sebelum ini anaknya seorang pelajar pintar, malah memperoleh 9A, 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 seterusnya menyambung pelajaran di sebuah universiti di Gombak, Selangor.

廣告-請繼續往下閱讀

「Bagaimanapun, Nadzmi hanya menamatkan pengajian satu semester apabila diminta menangguhkan pengajian selepas dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.

「Selepas tidak dapat lagi meneruskan pengajian, dia amat kecewa sehingga kami tidak dapat menyebut nama universiti berkenaan.

「Jika fikirannya tidak terganggu, dia akan bercakap seperti biasa, malah dapat membaca al-Quran dengan sempurna dan mendengar nasihat,」 katanya.

Noraishah berkata, dia dan suami, Roslan Jinu, 57, sedang berusaha mengubati penyakit anaknya itu, selain berjumpa pakar psikiatri termasuk mencuba perubatan tradisional.